Hari ni nak share sesuatu maklumat yang lain sikit pasal makanan. Tajuk perkongsian hari ini adalah berkenaan Maksud kod yang ada pada tayar kereta anda.
Seperti mana yang kita tahu kod beerti sesuatu simbol, perkataan, huruf atau angka yang memberikan maksud yang tersendiri. Begitu juga kod yang ada pada tayar kereta anda. Mari memahami dan kod kod yang ada pada tayar kereta anda.
Kod Tayar Kenderaan
Contoh Kod : 205/65/R1594H
- 205 = Lebar
- 65 = Tinggi
- R = Radial
- 15 = Saiz / Rim
- 94 = Had Maksimum Bebanan
- H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika diteliti, diakhir tayar menunjukkan abjad. Jadi abjad itu merupakan satu kod yang perlu ditafsirkan. Dibawah adalah maksud abjad abjad yang terdapat pada akhir tayar kenderaan.
- S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
- T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
- U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
- H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
- V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
- Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
- W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
- Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar
Contoh 0514
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini
Contoh pada Tayar
(235 lebar - 55 - Tinggi - R- Radial - 18 Saiz Rim - 100 - had Maksimum bebanan - Maximum Hadlaju 240KMj)
(205 lebar - 70 - Tinggi - R- Radial - 15 Saiz Rim - 95 - had Maksimum bebanan - Maximum Hadlaju 210KMj)
Semoga Bermanfaat.
Simbol music di tayar maksud apa
ReplyDelete